Tuesday 9 April 2013

Inilah Kehidupan...9 April 2013

Hari ini akhirnya aku kembali membuat catatan diari...rutin yang aku biasa lakukan sejak berusia 13 tahun lagi. Bertahun aku tinggalkan disebabkan suami tidak berapa meyetujui cara meluahkan perasaan pada diari ini...sepatutnya begitulah...Suamilah sepatutnya menjadi tempat aku mengadu dan berkongsi...namun hakikatnya..bukan semua boleh dikongsi bersama si dia...

Semenjak 19 Mac 2011, tarikh dimana aku terjumpa kisah silam suamiku bersama perempuan lain, hilang seluruh kepercayaanku padanya. Kepercayaan yang terbina sejak 15 tahun lamanya..sejak kami remaja hingga hampir 5 tahun mengharungi kehidupan berumahtangga...aku rasa tertipu...after all the years we've spent together...he betrayed me...

Demi kasih sayang yang masih bersisa, demi anak-anak, aku cuba meneruskan kehidupan besamanya...walau perit masih terasa..walau curiga kekal berpanjangan...Doaku pada tuhan tak pernah putus. Ako mohon agar diberi kelapangan hati dalam mengharungi ujian-Nya..agar suamiku diberi petunjuk dah hidayah, agar menyedari dan menginsafi kesilapannya...dan berusaha memperbaiki diri demi kebahagiaan kami bersama...

Sejak awal perkahwinan, walau bersama, aku seakan hilang kasih sayang suami...Segala kemanisan berumahtangga yang kuharapkan seakan tiada. Dia kerap membawa diri, membatu. Walau bersama hidup sebumbung, namun jarang sekali berkomunikasi. Mungkin masalah kewangan yang menjerat membuatkan dia begitu...Aku keraskan hati agar tidak terus terluka. Kubina tembok dihati agar jiwa ini mampu bertahan walau kerap kali suami melukaiku. Aku belajar menjadi isteri yang tidak mengharapkan apa-apa yang lebih, cukup sekadar dia menyayangiku seadanya.

Tahun berlalu...berkat usaha dan dengan izin Allah, rezeki kami semakin bertambah. Seiring perubahan, suamiku turut berubah. Kalau dulu dia begitu percaya bahawa rezeki ini datangnya dari Allah, bukan ditentukan manusia, kini prinsipnya sudah bertukar. Berkali-kali aku terjumpa resit kelab malam yang dikinjunginya. Pernah aku bertanya dan menyuarakan rasa tidak senangku, namun jawapannya, dia terpaksa. Untuk mendapatkan projek itulah yang terpaksa dilakukannya. Aku merayu agar dia berhenti berbuat demikian. Katanya dia akan berhenti,  namun ternyata dia semakin leka mengejar kemewahan.

 Hari ini...terdetik hatiku untuk memeriksa kotak yang selama ini berada di dalam keretanya. Mungkin dia terlupa untuk memasukkan semula ke dalam kereta...mungkin tuhan sekadar mengkabulkan permintaanku ketika menunaikan Umrah tempoh hari..

Dulu, aku sentiasa mengharapkan agar hidup kami berubah..Allah telah mengkabulkan permintaanku..Namun entah mengapa, kebahagiaan yang mungkin pada zahirnya terlihat oleh orang lain, tak lagi kurasa. Semuanya berpunca daripada kecurangannya..dan sikapnya yang sentiasa menyembunyikan banyak perkara daripada pengetahuanku. Penipuan yang akhirnya terbongkar sedikit demi sedikit..Aku berusaha setiap hari, berperang dengan perasaan sendiri yang terlalu menyayangi suami, tapi dalam masa yang sama, tak mampu lagi memberikan kepercayaanku padanya..

Tuntutan kerja memerlukan dia ke luar daerah. Setiap kali dia pergi, setiap kali itulah aku diburu rasa curiga. Dengan penemuan kali ini, semakin hilanglah kepercayaanku padanya...Sekerap mana dia pergi, sekerap itulah dia mengunjungi tempat haram itu. Beribu duit dihabiskan untuk membayar minuman haram dan perempuan-perempuan murahan disana. Untuk apa? 

Andai itulah cara untuk dia mendapatkan rezeki untuk kami anak beranak, maka aku rela andai kami tak punya kemewahan. Ambillah semuanya kembali wahai tuhan...namun bersihkanlah jiwa suamiku daripada mengejar harta dan kesenangan dunia semata..Jadikanlah dia ketua keluarga yang mampu membimbing kami ke jalan yang Kau redhai...berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat...Kembalikan ketenangan hatiku ini..Sungguh, aku tidak cukup kuat untuk terluka kesekian kalinya...